Rangkuman jaringan Kedah menentang Selangor dalam perlawan akhir Piala FA. Kedah menewaskan Selangor dengan jaringan 3 - 2 (Rangkuman TV3) Final FA CUP 2007/08 - Kedah 3 |
TM Piala Malaysia games report on 24th June 2008 TM Piala Malaysia 08 - Report |
Malaysian FA Cup Final 2007/2008 -- 21 June 2008, Shah Alam Stadium, Selangor.
Kedah Pertahan Kejuaraan Piala FA
Kedah mempertahankan kejuaraan Piala FA untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut setelah mengalahkan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Selepas menjuarai Liga Super April lepas, skuad Kenari yang dalam misi memburu trofi kedua berjaya membuka jaringan ketika perlawanan baru berusia seminit apabila Mohd Fadly Baharom menyudahkan hantaran silang Baddrol Bakhtiar. Selangor yang tersentak dengan gol Kedah itu terus menyusun jenteranya dan hampir menyamakan kedudukan pada minit kelima perlawanan namun Mohd Amri Yahyah gagal menyempurnakan peluang walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol Kedah Mohd Hilmi Eliza Elias. Usaha berterusan anak-anak buah Dollah Salleh akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-13 apabila Mohd Amirulhadi Zainal menyepak bola masuk ke dalam gol setelah pertahanan Kedah, Mohd Fazliata Taib tersilap menolak bola kepada penyerang kebangsaan itu. Ketika Selangor menguasai permainan dan melancarkan serangan untuk mencari gol pendahuluan melalui gandingan Mohd Safee Sali dan Amri, Kedah terus menyentak semangat "Red Giants" dengan gol kedua. Penyerang kebangsaan Mohd Khyril Muhymeen Zambri menyudahkan gerakan satu dua dengan dengan Nelson Sam Martin pada minit ke-32 untuk membolehkan skuad Kenari itu mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. Sebaik babak kedua bersambung Kedah sekali lagi mengejutkan Selangor apabila Mohd Syafiq Jamal meledak dengan gol ketiga pada minit ke-50 setelah merembat kencang dari luar kotak penalti. Selangor yang terdesak untuk mencari gol memasukkan Frank Seator dan Indra Putra Mahayuddin untuk menguatkan barisan serangan bersama Safee dalam usaha mengasak kubu lawan. Hasilnya Selangor berjaya merapatkan jurang pada minit ke-71 melalui sepakan penalti Seator, setelah dia dijatuhkan oleh Hilmi, untuk kedudukan 2-3. Walaupun terpaksa bermain 10 pemain pada minit ke 75 setelah Sabri Abu dilayangkan kad merah, Kedah berjaya mengekang asakan Selangor untuk menjulang trofi Piala FA buat kali ketiga selepas melakukannya pada 1996 dan tahun lepas. Kemenangan ini juga merupakan hadiah istimewa kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sempena sambutan 50 tahun pemerintahan baginda pada tahun ini, baginda berkenan menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan Kedah. Pemain Kedah, Khyril Muhymeen dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
Kedah:
Mohd Helmi Eliza Elias(GK), V. Thirumurugan, Victor Andrag (C) (Ronny Harun), Mohd Fazliata Taib, Shafizan Hashim, Nelson San Martin, Ahmad Fauzi Shaari, Mohd Fadzly Baharom (Samransak Kran), Khyril Muhymeen Zambri, Shafiq Jamal (Sabre Mat Abu), Baddrol Bakhtiar. Perlawanan Akhir Piala FA 2007 |
Aksi-aksi yg mendebarkan
perlawanan Akhir FA Cup
-Stadium Shah Alam (21/06/08)
Kedah 3 Selangor 2 Final FA cup 2007/2008 -aksi-a |
TM Piala Malaysia 2008 - (Akhir) Kedah (3) vs Selangor (2) (Separuh Masa Pertama) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23hb Ogos 2008 (Sumber video: RTM) TM Piala Malaysia 2008 - (Akhi |
kedah menentang musuh tradisi Selangor di Stadium Darulaman.Kemenangan yg penuh bergaya dan plg penting... BANYAK!!! Malaysia Super League - KEDAH |
TM Piala Malaysia 2008 - (Akhir) Kedah (3) vs Selangor (2) (Separuh Masa Kedua) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 23hb Ogos 2008 (Sumber video: RTM) TM Piala Malaysia 2008 - (Akhi |
selangor malan dua kali kalah dengan kedah selangor vs kedah |